Make your own free website on Tripod.com

Kenderaan gas, elektrik di Kota Bharu

KOTA BHARU dijangka menjadi bandar pertama di negara ini yang hanya akan membenarkan kenderaan awam menggunakan gas cecair dan elektrik memasuki kawasan bandar bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar serta bunyi bising.

Sehubungan itu, satu kajian mengenainya akan dilakukan oleh sebuah syarikat swasta bagi memastikan cadangan itu sesuai dilaksanakan.

Menteri Besar, YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau telah memberi kebenaran kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dengan kerjasama syarikat berkenaan dan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) untuk melaksanakan projek tersebut.

Katanya, sekiranya cadangan itu sesuai stesen bas yang terdapat di pusat bandar sekarang akan dipindah ke tempat baru iaitu di Kubang Kerian mengikut yang ada di dalam cadangan sekarang.
Menteri Besar berkata, kerajaan Kelantan memandang serius masalah pencemaran alam sekitar dan bunyi bising yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai.

“Sekiranya usaha itu berjaya masalah pencemaran alam dan bunyi bising di kawasan bandar dapat dikurangkan,” katanya.


HOME