Make your own free website on Tripod.com

Pendakwah perlu mempelbagaikan kaedah

PENDAKWAH disaran menggunakan pelbagai pendekatan bagi memastikan usaha dakwah mereka mendapat perhatian daripada orang ramai.

Menteri Besar, YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pendakwah perlu bijak dengan menggunakan uslub yang betul untuk disesuaikan dengan pelbagai peringkat masyarakat agar mesejnya dapat difahami dengan betul.

Menurut beliau, adalah sesuatu yang tidak bijak seandainya para pendakwah menggunakan satu dua teknik yang sama tanpa mengambil kira suasana.

“Ada ketikanya kita perlu guna kapak; dan takkanlah pula kita nak gunakan kapak juga untuk tebas lalang atau kemuncup. Kalau guna juga menunjukkan kita tidak pandai menggunakan kapak.

“Sebagai pendakwah kita perlu tahu masalah yang dihadapi dan kita perlu fahami golongan sasaran. Pendakwah perlu memahami sama ada mereka jenis keras atau lembut,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Program Bakti Siswa ‘97 anjuran siswa tahun akhir Maahad ad-Dakwah wal-Imamah (MDI) di Madrasah Pangkal Kerdas, di sini, pertengahan Mei lalu.
Turut hadir di majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulai Chondong, Haji Zulkifli Mamat, Adun Banggol Judah, Ustaz Yahya Othman, Pengetua MDI, Ustaz Hassan Mat Leh dan pensyarah MDI.

Menurut Menteri Besar, teknik berdakwah secara kasar sudah pun berlalu dan ia tidak sesuai lagi untuk digunakan pada masa sekarang.


HOME