Make your own free website on Tripod.com

Lebih 10,000 banjiri Padang Perdana untuk bersolat sunat istisqa'

PADANG Perdana di Kota Bharu dibanjiri oleh lebih 10,000 rakyat Kelantan untuk bersolat sunat hajat memohon hujan (solat sunat istisqa') pada 8 Mei lalu.

Kemarau yang melanda negara sehingga menjejaskan pertanian dan kehidupan rakyat menyebabkan rakyat yang perihatin mengadu  secara ikhlas dan sukarela dengan berdoa kepada Tuhan agar bala yang menimpa ini dihentikan.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kelantan menganjurkan solat istisqa' ini yang dirancangkan bersempenaan dengan Hari Penerangan PAS Kelantan '98 dan ekspo perdagangan Ekhwan '98.

YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan yang sepatutnya turut sama dalam solat sunat ini, bagaimanapun, terpaksa bergegas bersama-sama beberapa orang anggota Exco Kerajaan Negeri ke Padang Merdeka, kira-kira satu kilometer dari Padang Perdana, kerana di situ ada satu lagi majlis sembahyang istisqa' yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Kira-kira 500 orang menyertainya dengan diimamkan oleh Timbalan Mufti Kelantan.

Kemudian, setelah bersolat, YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar sempat berada di Padang Perdana untuk menyampaikan ucapan kepada jamaah yang penuh sesek di situ.