Make your own free website on Tripod.com

Solat sunat istisqa dipertikai oleh golongan yang jahil

KERANA jahil dan enggan mendekati kalangan berilmu menyebabkan ada tanggapan negatif tokoh-tokoh tertentu terhadap program sembahyang sunat Istisqa' bagi memohon hujan yang disertai oleh puluhan ribu orang di Padang Perdana baru-baru ini.

Menteri Besar, YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata paling malangnya ada tokoh-tokoh baka Kelantan yang membuat tanggapan bahawa sembahyang sunat itu diadakan di padang kerana bertujuan menunjuk-nunjuk dan tokoh berkenaan berkata sembahyang sunat Istiqa sepatutnya tidak diadakan di masjid.

“Tokoh yang bercakap itu terbukti jahil dan tidak banyak ilmu dalam soal amal ibadan termasuk yang berkaitan dengan soal-soal sembahyang. Ulama-ulama yang sepuak dengan tokoh berkenaan patut memberikan tokoh itu ilmu dan pengetahuan tentang selok belok sembahyang,” katanya di Gua Musang baru-baru ini.

Menteri Besar berkata, sembahyang bukan hanya digalakkan dilakukan di masjid, surau dan madrasah kecuali sembahyang fardhu lima waktu sehari semalam.

Ada sembahyang seperti sembahyang sunat tahjud dan istiqoroh umpamanya digalak-kan dilakukan di rumah kerana yang lebih bersifat perlakukan ibadah peribadi.

Begitu juga dengan sembah-yang sunat istisqa'. Rasulullah sendiri melakukannya di pa-dang dan dibawa sama binatang ternakan serta kalangan yang bukan Islam kerana hujan dan air bukan hanya diperlukan oleh manusia tetapi oleh sekelian makhluk sama ada yang beriman atau kafir.

“Satu lagi sembahyang sunat yang Rasulullah adakan di padang walaupun ada masjid ialah sembahyang sunat hari raya dan apa yang dilakukan adalah ditiru dan dicedok dari perlakuan Rasulullah dan orang yang tidak jahil tentang hal-hal sembahyang akan bertambah rasa ketakwaannya tetapi bagi yang jahil mereka akan melihat ibadat yang sedemikian sebagai sesuatu yang luar biasa,” tegasnya.

Sehubungan dengan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz mengajak kalangan yang jahil berhenti jadi jahil supaya apa juga kerja-kerja ibadah yang dibuat sebagaimana yang dituntut oleh Islam dan dianggap asing oleh kalangan yang jahil tidak mudah ditentang menggunakan hujjah kejahilan. Untuk berhenti jadi jahil mestilah belajar dari golongan alim dan menjadi pengikut alim ulama.