Make your own free website on Tripod.com

Penubuhan Kolej Islam Kelantan hampir jadi kenyataan

PENUBUHAN Kolej Islam Kelantan yang dicadangkan oleh Kerajaan Kelantan sejak dua tahun lalu hampir-hampir menjadi kenyataan.

Kolej itu akan diwujudkan selewat-lewatnya penghujung tahun ini atau awal tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidik-an, Dakwah dan Penerangan YB Haji Mohamed Daud ketika ber-ucap di majlis perletakan batu asas bangunan tambahan Seko-lah Menengah Agama Tumpat di Kg. Sedar baru-baru ini.

Perletakan batu asas itu dilaksanakan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar.
Pengajian di kolej itu setaraf dengan pusat-pusat pengajian tempatan dan diiktiraf oleh pusat-pusat pengajian luar negara khususnya negara-negara Timur Tengah yang merupakan rantau pengeluar ilmuan dalam pelbagai cabang ilmu sejak zaman berzaman.

YB Haji Mohamed berkata kerajaan negeri juga melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) akan meningkat jumlah seko-lah-sekolah vokasional agama sebagai persediaan untuk me-menuhi keperluan tenaga yang bukan sahaja pakar dalam pel-bagai bidang tetapi mempunyai ilmu amal yang mantap dan payah goyah.

Katanya, ini adalah langkah positif kerajaan negeri menye-diakan pusat pengajian tinggi bertunjangkan Islam supaya pimpinan akan datang khusus-nya Kelantan diterajui oleh tokoh ulama.
Katanya, Kerajaan Kelantan, walaupun dalam keadaan ke-wangan yang sentiasa perlu berjimat, tidak terlalu berkira untuk berbelanja kepada perka-ra berkaitan dengan pendidikan.

Menurut beliau pada masa ini sekurang-kurangnya RM50 juta setahun diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi pembiaya-an kos pendidikan dan sejumlah peruntukan lagi turut diterima daripada kerajaan pusat.

Katanya, bidang pendidikan bertunjangkan agama akan terus diberi perhatian serius dan posi-tif kerana disedari bahawa setiap rakyat akan lebih bernilai zahir batin apabila mereka berilmu.
Sehubungan dengan itu beliau mahukan setiap ibu bapa berkorban apa sahaja demi un-tuk memberi pendidikan berte-raskan agama kepada anak ma-sing-masing kerana pesaka ilmu amal untuk anak adalah besar faedahnya berbanding dengan peninggalan harta benda.