Make your own free website on Tripod.com

Kolam ikan terbiar akan dipulihkan

KIRA-KIRA 70 peratus dari-pada 630 buah kolam ikan air tawar di Kelantan berada dalam keadaan terbiar disebabkan kurang minat penternak dan kekuarangan modal.
Penternak dikatakan juga berhenti daripada mengusaha-kankolam kerana pasaran ikan air tawar tidak menentu.

Kerajaan Kelantan memberi perhatian kepada masalah ini sejak setahun lalu memandang-kan bekalan ikan air tawar di negeri ini masih kurang.

Jabatan Pertanian Kelantan menganggarkan bahawa negeri ini memerlukan 4,000 metrik ton ikan air tawar sebulan sedangkan bekalan yang ada hanya 3,600 metrik ton, menyebabkan ikan diimport dari Thailand.

Kerajaan Kelantan, mene-rusi Kumpulan Pertanian Ke-lantan Berhad (KPKB), kini berusaha memulihkan kembali kolam-kolam terbiar tersebut bagi diusahakan dengan giat. Contohnya, usaha percubaan yang dijalankannya di Kam-pung Mulong, Kota Bharu.

Dua buah kolam terbiar yang dipulihkan di kampung itu diusahakan sejak setahun lalu.  Kini, setiap kolam itu mempu-nyai tujuh ton ikan daripada berbagai-bagai jenis bernilai RM35,000 dengan harga ikan likuh dan baung dianggarkan RM10 manakala jelawat dan talapia RM12 sekilogram.

Anggota Exco, YB Haji Omar Muhamed, melawat ko-lam-kolam itu baru-baru ini.  Beliau selaku pengerusi KPKB.  diiringi oleh Pengarah Jabatan Pertanian Kelantan,  Sani Mohd. Isa dan Pengurus Besar KPKB, Haji Wan Abdul Rahman Wan Yaacob.

Sempena lawatan itu, Haji Omar berkata, Kerajaan Kelan-tan melalui Jabatan Pertanian akan membantu menjayakan projek-projek penternakan ikan air tawar bukan sahaja setakat memberi khidmat nasihat, bahkan juga modal pusingan, benih dan makanan ikan.

Katanya, Jabatan Pertanian, KPKB dan individu atau kelom-pok pengusaha akan bekerja-sama memulihkan kolam ter-biar dan menambahkan hasil ikan air tawar sesuai dengan hasrat menjadikan Kelantan jelapang makanan negara.