Make your own free website on Tripod.com

Islam jamin keadilan kepada bukan Islam

PERUNDANGAN Islam bukan sahaja menyelamat, mensejahtera dan menselesa-kan umat Islam tetapi  mereka yang bukan Islam, malah seluruh isi alam turut mendapat manfaat dan lebih selamat kerananya berbanding dengan perundang-an sekular, kata YAB Menteri Besar Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kerana itu mereka yang bukan Islam tidak perlu bimbang untuk menyokong dan memilih kerajaan yang mahu melaksanakan pemerintahan secara Islam yang bererti melaksanakan suruhan Allah yang mahu memastikan seluruh isi alam dilindungi dan dihormati, katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan masyarakat pelbagai kaum di Kampung Pasir Besar Temangan baru-baru ini.

“Rakyat Kelantan kuhususnya dan rakyat Malaysia amnya dapat melihat sen-diri perbezaan antara pemerintahan keraja-an yang berteraskan al-Quran dan Hadis dengan kerajaan sekular. Dalam tempoh kurang dari 10 tahun, banyak berubahan yang berlaku dan memberi faedah kepada semua rakyat berbilang kaum, berbilang fahaman dan pelbagai lapisan,” tegasnya.

Tuan Guru Dato' Menteri Besar berkata Islam tidak menggalakkan perkauman dan tidak membezakan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain kerana perbezaan warna kulit, tetapi ukuran yang dibuat oleh Islam adalah dari sudut keimanan dan ketaqwaan.

“Cuma kalangan yang bukan Islam akan mengalami kerugian di akhirat nanti yang tidak ada kesejahteraan untuk mereka kerana hanya Islam sahaja jambatan tunggal untuk sejahtera di alam baqa walaupun dalam menikmati kesejahteraan di dunia mereka mendapat faedah yang sama rata dengan yang bukan Islam,” tegasnya.

Bagi mendapat sejahtera di dunia dan juga di akhirat, tambahnya, adalah amat elok jika yang bukan Islam menyertai Islam secara sukarela dan tanpa dipaksa manakala tugas kalangan yang sudah Islam pula adalah memberi penjelasan dan kefahaman tentang keunggulan Islam.

Antara yang perlu diberi kesedaran dan kefahaman, tambah YAB Tuan Guru Menteri Besar lagi, ialah Islam bukan milik orang Melayu sebagaimana tanggapan umum sekarang sehinggakan orang bukan Melayu takut untuk memeluk Islam kerana bimbang akan kehilangan identiti bangsa. Walhal orang Melayu memeluk Islam lebih terkemudian dari bangsa-bangsa lain khususnya dari bangsa India dan Cina.

Tuan Guru Dato' Menteri Besar juga berkata walaupun orang Melayu pada umumnya beragama Islam kerana baka, keisalaman mereka sebenarnya boleh gugur jika mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam dalam semua perkara termasuk dalam pemerintahan kerajaan, berpolitik, bekerja, berekonomi dan sebagainya. Tidak mustahil orang bukan Melayu yang baru masuk Islam akan lebih Islam jika mereka berusaha mencapai taraf sedemikian.

Sementara itu ketika berucap pada majlis perjumpaan Menteri Besar dengan masyarakat pelbagai kaum di Kampung Pasir Besar Temangan pula, Haji Hassan berkata dasar kerajaan yang berteraskan al-Quran dan Hadis pimpinan Menteri Besar memberi keadilan dan kesaksamaan kepada semua jenis manusia dan makhluk sama ada yang beragama Islam atau tidak.

“Allah sendiri memberi jaminan Islam adalah agama pelindung manusia sejagat dan kerana itulah mereka yang berada dibawah kerajaan yang melaksanakan hukum Islam akan lebih selamat, selesa dan sejahtera,” tegasnya.

Beliau berkata Rasulullah sendiri mahukan orang bukan Islam yakni kafir zimmi dilayan dengan baik dan baginda bersabda jika kafir zimmi dizalimi samalah seperti menzalimi baginda sendiri.