Make your own free website on Tripod.com

Persatuan pendikir dakwa usaha mereka dikhianati

BULETIN difahamkan bahawa pelanggaran syarat persembahan dikir barat bukan perbuatan penggiat kesenian itu tetapi telah dilakukan oleh kalangan tertentu yang sengaja mahu mencetuskan kemarahan penggiat dan peminat dikir barat apabila persembahan itu diharamkan.

Tetapi niat buruk pihak yang tidak bertanggungjawab itu cepat disedari dan penggiat tulen mengambil langkah-langkah pembendungan dalam mesyuarat agung persatuan yang diadakan baru-baru ini dengan menggugurkan sesetengah pimpinan persatuan yang mereka anggotai yang dikatakan merancang tunjuk perasaan bagi membantah pembekuan persembahan dikir barat .

Pimpinan baru persatuan berkenaan yang dikatakan terkilan kerana punca rezeki mereka dikhianati oleh kalang-an yang tidak bertanggungjawab kini sedang mengambil langkah-langkah positif dengan pihak Kerajaan Negeri bagi membolehkan persembahan dikir barat secara sihat dapat diadakan semula dan mereka lega dengan jaminan yang diberikan oleh pihak berkuasa negeri.