Make your own free website on Tripod.com

‘Pasar Persinggahan’ dicadang untuk Pekan Labok

TIMBALAN Menteri Besar Kelantan, YB Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman mencadangkan supaya pasar baru Pekan Labok, Machang yang dicadang dibangunkan dengan konsep ‘Pasar Persinggahan’.

Konsep ini bermaksud ianya mestilah menjadi tempat persinggahan pengguna-peng-guna laluan antara Kuala Lumpur - Kota Bharu.

Sebagai tempat persing-gahan, kemudahan awam yang sesuai seperti gerai hasil kraftangan, wakaf serta hiasan lanskap yang menarik hendaklah disediakan dalam pembangunannya, katanya.

Beliau juga menganggap Pekan Labok mempunyai potensi yang tinggi untuk membangun dengan cepat hasil daripada limpahan pembangun-an dari Bandar Machang dan Pekan Kok Lanas.
Pasar baru pekan Labok ini dicadangkan pada awalnya peruntukan RM80,000 tetapi menjadi RM100,000 setelah dibuat penilaian semula.