Make your own free website on Tripod.com
Sediakan Cara Baru Pungut Tunggakan
TUNGGAKAN hasil yang patut dipungut oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM23.51 juta sehingga tahun 1996. Ketika menyebut perkara ini dalam ucapan Belanjawan Kelantan tahun 1998, pada 27 Oktober lalu YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar menjelaskan Tunggakan Hasil Tanah adalah sebanyak RM5.35 juta; Tunggakan Hasil Air, RM170,000; dan Tunggakan Rumah Awam Kos Rendah, RM17.99 juta. Beliau menganggap program memungut tunggakan itu masih belum
memuaskan. "Usaha atau kaedah-kaedah yang baru (memungut tunggakan) perlu disediakan di setiap Jajahan," katanya. YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar menyarankan selaras dengan usaha penjimatan, usaha hendaklah dibuat untuk mempertingkatkan hasil Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa.