Make your own free website on Tripod.com
Perkampungan Batik di Tumpat
PERKAMPUNGAN batik di Kampung Berangan, Tumpat akan dimajukan sebagai usaha Kerajaan Kelantan meningkatkan industri batik di negeri ini, kata anggota Exco Kerajaan Kelantan, YB Ustaz Ahmad Yakob.

Katanya, perkampungan itu meliputi kawasan seluas 40 ekar yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pengusaha batik.

"Perkampungan itu akan mempunyai pusat pemasaran tersendiri dan ia juga akan dilengkapkan dengan kemudahan pusat senireka," katanya menjawab soalan YB Haji Hussin Ahmad (BN - Tendong) di sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini..

Beliau juga berkata, kerajaan negeri belum bercadang menangguh beberapa projek yang telah dirancang sebelum ini termasuk pusat pendaratan gas di Pantai Senok ekoran kejatuhan nilai ringgit sekarang.

"Projek itu masih lagi di peringkat pengambilan tanah dan masalah penangguhan tidak timbul," katanya menjawab soalan Haji Hanafi Daud (PAS - Chetok).