Make your own free website on Tripod.com
Kerajaan Kelantan Tambah RM5.02 Juta Untuk Pembangunan
KERAJAAN Kelantan masih berupaya melaksanakan pembangunan untuk rakyat memandangkan peruntukan Kerajaan Negeri bertambah RM5.02 juta berbanding tahun 1997 bagi tujuan ini.

Sungguhpun belanja pembangunan berkurangan pada tahun 1998, ini adalah kerana kurangnya projek dari Sumber Imbuh Balik Persekutuan. Sejumlah RM72.43 juta dicadangkan bagi membiayai projek-projek pembangunan tahun 1998 di Kelantan. Peruntukan ini berkurangan RM10.78 juta berbanding tahun 1997.

Demikian diberitahu oleh YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar ketika membentang Belanjawan 1998 di Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 28 Oktober lalu.