Make your own free website on Tripod.com
Kebajikan: Kerajaan Kelantan Beri Lebih Bantuan Dibandingkan Pusat
SETIAP tahun Kerajaan Kelantan menyediakan peruntukan yang lebih besar kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat berbanding kerajaan Pusat untuk membantu penduduk miskin di negeri ini.

Pada tahun 1990 peruntukan Negeri kepadanya sebanyak RM4.2 juta berbanding Pusat (RM1.2 juta); 1991 Negeri (RM4.4 juta), Pusat (RM1.25 juta); 1992 Negeri (RM4.784 juta), Pusat (RM1.343 juta); 1993 Negeri (RM4.785), Pusat (RM1.5 juta); 1994 Negeri (RM5.16 juta), Pusat (RM2.38 juta); 1995 Negeri (RM4.89 juta), Pusat (RM2.89 juta).

Pada 1996 Negeri (RM5 juta), Pusat (RM2.9 juta); dan 1997 Negeri (RM5.9 juta), Pusat (RM3.28 juta). Jumlah peruntukan tahun ini yang disediakan kerajaan negeri adalah terbanyak setakat ini iaitu sebanyak RM5.95 juta, kata YB Ustaz Hassan Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Hal Ehwal Wanita dan Hubungan Antara Kaum, ketika menjawab soalan YB Haji Omar Mohamed (BN - Galas) di sidang Dewan Undangan Negeri, akhir Oktober lalu.

"Dakwaan peruntukan bagi tahun ini berkurang yang didakwa oleh Adun berkenaan adalah tidak benar kerana peruntukan yang diberi adalah terbanyak setakat ini."

Menurut beliau, jumlah peruntukan itu lebih tinggi berbanding bantuan yang diberikan oleh kerajaan Pusat tahun ini iaitu RM3.28 juta. Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga telah menaikkan bantuan minima daripada RM40 kepada RM50 sebulan mulai Januari tahun ini. Bantuan projek ekonomi iaitu sebanyak RM2,000 yang diberi Kerajaan Kelantan sama seperti diamalkan kerajaan Pusat.

Bantuan membaiki rumah RM2,000. Bantuan malapetaka dicadang dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,000 sekarang jika keadaan mengizinkan.