Make your own free website on Tripod.com
Saham: PKINK Untung RM20 Juta
PELABURAN Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan anak syarikatnya dalam kegiatan saham sejak tahun 1992 sehingga sekarang mencatat keuntungan sebanyak RM20 juta. Keuntungan itu merang-kumi perolehan keuntungan sebanyak RM8 juta pada tahun 1992, RM2 juta pada awal 1994 dan RM10 juta (akhir 1994).

Bagaimanapun hasil keuntungan keseluruhan dalam tempoh itu sehingga Jun tahun ini sebanyak RM63.14 juta.

Keuntungan itu iaitu sebanyak RM740,634 (1992), RM5.13 juta (1993), RM110,645 (1994), rugi RM571,126 (1995), RM744,171 (1996) dan sehingga Jun 1997 untung sebanyak RM56.9 juta.

Jumlah keuntungan keseluruhan yang diperolehi itu termasuk penjualan saham Long Huat Timber Industries yang berjumlah RM56.8 juta.

YB Timbalan Menteri Besar, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman berkata, penglibatan PKINK dalam kegiatan sahamnya mencatat keuntungan memberang-sangkan.

"Biarpun kegiatan saham PKINK tidak mengalami kerugian, namun langkah wajar perlu diambil untuk menyelaras dengan keadaan semasa.

"Langkah itu ialah kerajaan negeri mengarahkan pengurusan dana tidak memasuki pasaran mulai Febuari tahun ini. Dan aktiviti lebih tertumpu kepada menjual baki stok. Penyusunan semula saham-saham yang masih ada dalam linkungan RM8.5 juta dilakukan," katanya menjawab soalan YB Haji Ahmad Rusli Ibrahim (BN - Salor).