Make your own free website on Tripod.com
Keloil Dan Petroleum Thailand Usahasama Membekal Gas Asli
KERAJAAN Kelantan melalui anak syarikatnya Keloil Sdn Bhd menandatangani perjanjian usahasama bernilai RM82 juta dengan Petroleum Authority of Thailand - PTT iaitu syarikat petroleum kebangsaan Thailand bagi pembekalan gas cecair asli (LPG) di Pantai Senok, Bachok.

Keloil, anak syarikat penuh milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mempunyai modal berbayar sebanyak RM1 juta.

Majlis menandatangani per-janjian itu berlangsung di Perdana Resort, 2 November lalu yang dilaksanakan oleh Ketua Eksekutif PKINK, Wan Zulkifli Wan Yusoff dan Presiden Keloil, Zainal Abdul Rahim, dengan Naib Presiden Kanan Bahagian Pemasaran dan Usahasama PTT, Nuttachat Charuchinda serta Pengarah Eksekutif Kumpulan Sektor Minyak dan Hiliran PTT, Viset Choopiban. Timbalan Menteri Besar yang juga Pengerusi Keloil, YB Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, dan
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia, YB Ahmad Yakob menyaksikannya.