Make your own free website on Tripod.com
Yakin Longgarkan Syarat Mendapat Pinjaman Pelajaran
BILANGAN pelajar institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negeri yang mendapat pinjaman Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) bagi sesi pengajian 1996/1997 seramai 426 orang, terdiri daripada 263 pelajar mengikuti pengajian di dalam negeri dan 163 di luar negara.

Timbalan Menteri Besar, YB Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri telah melonggarkan syarat penjamin iaitu ibu bapa atau penjaga kepada pelajar tanpa mengira umur boleh menjadi penjamin pertama.

Penjamin kedua dimestikan berpendapatan tidak kurang RM400 sebulan dan berumur tidak lebih 50 tahun. Syarat sebelum ini ialah pendapatan bulanan RM500 bagi dalam negeri dan RM1,000 bagi luar negara, manakala umur tidak lebih 45 tahun (dalam negeri) dan 40 tahun (luar negara).

Bilangan pelajar tajaan Yakin bagi sesi pengajian 1997/1998 di Mesir seramai 331 orang; Jordan, 30 orang dan Indonesia, 101 orang.

Pelajar dalam negeri tajaan Yakin yang menuntut dalam di ITM seramai lima orang, Kolej Sultan Zainal Abidin (20), Politeknik Kota Bharu (30), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (35), Universiti Kebangsaan Malaysia (30), Universiti Malaya (30), Universiti Sains Malaysia (30), Universiti Putra Malaysia (30), Universiti Teknologi Malaysia (40), Universiti Utara Malaysia (15), Universiti Malaysia Sarawak (10), Universiti Malaya Sabah (10) dan Maahad Dakwah Wal
-Imamah (25).