Make your own free website on Tripod.com

ROMBAKAN DALAM KERAJAAN KELANTAN

Kerajaan Kelantan sejak 18 Julai lalu ditadbir oleh YAB Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, bersama-sama empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS) setelah Menteri Besar melucutkan kuasa tugasan (portfolio) daripada empat lagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan daripada Parti Melayu Semangat 46 (PMS46).

Tindakan Menteri Besar itu adalah berikutan dengan kepu-tusan PAS Pusat pada 14 Julai lalu yang menamatkan kerja-sama dengan PMS46 dalam Angkatan atas sebab PMS46 berhasrat membubarkan parti dengan ahli-ahlinya menyertai UMNO-Barisan Nasio-nal.  Di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Barisan Nasional ialah parti pembangkang.

Selepas pilihan raya umum tahun 1990 Kerajaan Kelantan dibentuk oleh PAS, PMS46, Berjasa dan Hamim melalui perse-fahaman dan kerjasama yang dipanggil sebagai Angkatan Perpaduan Ummah.
Perlucutan portfolio Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan daripada PMS46 itu juga dibuat atas sebab sikap dan tindakan mereka menentang pimpinan Menteri Besar, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz dan mencemarkan nama baik dan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelan-tan daripada  Parti Melayu Semangat 46 itu terdiri daripada YB Dato’ Mohd. Rozali Isohak (Timbalan Menteri Besar II), YB Haji Daud Jaafar, YB Nik Mustapha Nik Loding dan YB Mohd. Noor Ahmad.

Dengan perlucutan portfolio itu juga, YAB Menteri Besar berharap mereka meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk menjadi pembangkang bersama-sama Barisan Nas-ional di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

YAB Dato’ Menteri Besar dijangka menghadap KDYMM al-Sultan untuk mengemukakan senarai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baru.

Perkenan daripada KDYMM al-Sultan Kelantan untuk tujuan ini masih dinantikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar.

Pada 23 Julai Menteri Besar memberi-tahu bahawa Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Pembangunan Usaha-wan serta Sumber Manusia yang dulunya dipengerusikan oleh Dato’ Mohd. Rozali diserahkan kepada Timbalan Menteri Besar YB Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman.  Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi terus dipegang oleh Ustaz Abdul Halim.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa,YB Omar Mohamed, kini turut mempengerusikan  Jawatankuasa Pemba-ngunan Kebudayaan, Kesenian dan Pelan-congan yang dulunya dipegang oleh YB Nik Mustapha Nik Loding.  Beliau juga menerima satu lagi portfolio iaitu Jawatan-kuasa Pembangunan Masyarakat, Kesihat-an dan Sukan yang dulunya dipenge-rusikan oleh YB. Mohd. Nor Ahmad.

YB Ustaz Mohamed bin Daud menerima Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya dan  Kemudahan Awam sebagai tambahan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah yang dipegangnya.