Make your own free website on Tripod.com

Ahli-ahli Jawatankuasa kecil Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan diganti

KERAJAAN Kelantan menyu-sun semula jawatankuasa kecil Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan beberapa agensi di bawahnya bagi memperkemas-kan jentera pentadbiran keraja-an negeri.
Penyusunan itu berlaku ke atas semua porfolio Majlis Mesyuarat Kerajaan di mana ahli-ahli jawatankuasa kecil daripada Parti Melayu Sema-ngat 46 (PMS46) dilucutkan perlantikan mereka berikutan dengan putusnya kerjasama dan persefahaman antara Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan PMS46 di dalam Kerajaan Kelantan.

Jawatankuasa yang terbabit dengan penyusunan semula itu ialah Jawatankuasa Tanah, Per-hutanan dan Sumber Asli; Ja-watankuasa Penerangan, Belia Hal Ehwal Wanita dan Hubung-an Antara Kaum; Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumah-an, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi; Jawatankuasa Per-dagangan, Perindustrian, Pem-bangunan Usahawan dan Sumber Manusia.
Jawatankuasa Perancangan, Kewangan dan Pentadbiran Awam, Jawatankuasa Pertani-an, Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa, Jawatan-kuasa Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jawatan-kuasa Tabung Belia Niaga dan Jawatankuasa Penasihat Peng-hulu-penghulu Kampung.

Anggota-anggota jawatan-kuasa itu melibatkan pemimpin PMS46 antaranya Datuk Mohd Rozali Isohak, Datuk Shukri Mohamad, Senator Mohd Zain Daud, Wan Omar Wan Majib, Wan Maziah Wan Omar, Has-nah Muda, Hajjah Ilani Datuk Ishak, Che Nordin Nor, Tengku Noor Asiah Tengku Ahmad dan Ahmad Rusli Ibrahim.

Penyusunan itu membabit-kan juga agensi-agensi kerajaan negeri seperti Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Serenti.

Anggota Exco kerajaan negeri, Haji Omar Mohamed, ketika memberitahu pemberita selepas mesyuarat Exco 31 Julai lalu berkata, pelantikan baru anggota-anggota jawatankuasa yang dikosongkan itu akan dibuat bagi mengisi kekosongan tersebut.

Katanya, semua perlucutan itu dibuat berkuatkuasa tarikh mesyuarat Exco itu yang dipengerusikan oleh Menteri Besar dan turut dihadiri oleh empat anggota Exco PMS46.