Make your own free website on Tripod.com
Timbalan-Timbalan Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan dilantik
KERAJAAN Kelantan melantik timbalan-timbalan pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan bagi menerus dan memantapkan lagi jentera pentadbiran kerajaan berkuatkuasa 7 Ogos lalu.

Pelantikan itu dibuat ekoran perlucutan portfolio empat Exco dari Parti Melayu Semangat 46 termasuk Timbalan Menteri Besar II, Datuk Mohd Rozali Isohak, Haji Daud Jaafar, Nik Mustapha Nik Loding dan Mohd Noor Ahmad.

Perlucutan portfolio keempat-empat Exco berkenaan dilakukan mengikut kuasa perundangan Menteri Besar ekoran hasrat mereka membubarkan parti bagi membo-lehkan ahli PMS46 menyertai UMNO yang menjadi pembangkang di negeri ini.

Empat anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang ahli Parlimen daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS) terbabit dalam pelantikan Timbalan Pengerusi itu.

Pelantikan mereka dibuat pada mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Anggota Exco YB Haji Omar Mohamed berkata, Adun terbabit dalam pelantikan itu iaitu YB Ustaz Alwi Jusoh (Adun Gaal),  YB Ustaz Hasan Mohamad (Adun Kemuning), YB Ustaz Hassan Mahmud (Adun Tawang) dan YB Haji Ramli Abu Bakar (Adun Wakaf Baru). Anggota Parlimen Rantau Panjang, YB Dr Sanusi Daeng Mariok, juga terbabit.

Alwi dilantik sebagai Timbalan Penge-rusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah. Adun Kemuning, Hasan Muhamad sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Kesihatan dan Sukan; Adun Tawang, Hassan Mahmud (Timbalan Pengerusi Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan); Ramli (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Luar dan Industri Desa).

Manakala Dr Sanusi dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Peran-cangan, Kewangan dan Pentadbiran Awam.

“Pelantikan baru ini diharapkan dapat melicinkan dan memperkemaskan lagi jentera pentadbiran kerajaan negeri.

“Kita berkeyakinan pentadbiran kerajaan negeri akan terus lancar tanpa sebarang masalah,” katanya.