Duta Brazil kunjungi MB dan saksikan kedamaian di Kelantan
Dalam usaha mengeratkan hubungan dengan Kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran ulama di samping untuk menge-tahui perkembangan negeri itu secara jelas, Duta Besar Brazil Ke Malaysia, TYT. H.Y.T Sergio Barcellos Telles, telah mengadakan pertemuan rasmi-nya dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan yang berlang-sung selama satu jam dua puluh minit itu telah diadakan di pejabat rasmi Menteri Besar, yang turut dihadiri oleh Pega-wai Khas Menteri Besar, Encik Md Ashari Mamat dan Peno-long Setiausaha (Protokol), Encik Nazmi Ghazali Azmi.

Dalam pertemuan singkat tetapi penuh mesra itu, Encik Sergio mendedahkan, kerana suasana politik yang dikatakan tegang membuatkan beliau berhasrat untuk mengunjungi Kelantan sekali gus bertemu dengan Menteri Besar.

Walau bagaimanapun, hasil pertemuan itu, beliau menyifat-kan ketengangan yang berlaku hanyalah suatu gambaran buruk terhadap Kerajaan Kelantan yang dimainkan oleh golongan tertentu.
Serentak itu, beliau menyeru warga negaranya agar mengun-jungi Kelantan bagi menyaksi-kan sendiri keamanan serta ketenangan yang berlaku di negeri ini dan bukannya ke-sengsaraan sebagaimana yang ditanggung oleh rakyat.

“Dengan menyaksikan sen-diri suasana politik Kelantan kita dapat mengikis tohmah buruk yang digambarkan pada negeri ini,” ujarnya.

Terdahulu dari itu, beliau diraikan dalam majlis makan tengahari di kediaman rasmi Menteri Besar JKR 10.

Dalam sisi lawatan selama tiga hari itu juga beliau turut melawat kilang songket dan batik yang masing-masing terletak di Penambang dan Pantai Cahaya Bulan (PCB), termasuk di kawasan bebas cukai Pengkalan Kubur.