Make your own free website on Tripod.com
CATATAN KELANTAN
Setiausaha Sulit MB jadi DO Bachok
KOTA BHARU: Setiausaha Sulit Menteri Besar, Haji Abdul Rahim Hassan yang berkhidmat dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak November 1990, mulai 16 Ogos ditukar menjadi Ketua Jajahan Bachok.

Abdul Rahim merupakan seorang pegawai tadbir yang dedikasi dan pengalaman luas sehinggakan terasa berat untuk dilepaskan oleh Menteri Besar.
Beliau memulakan tugasnya sebagai pegawai tadbir selepas menamatkan pengajian di Univer-siti Malaya pada 1973.

Sebelum bertugas di pejabat Menteri Besar beliau berkhidmat sebagai Penolong Kanan Ketua Jajahan Tumpat selama tiga tahun.



122 agensi sertai Karnival Kebudayaan Kelantan 96
KOTA BHARU: Sebanyak 122 gerai pameran disediakan sempena Karnival Kebudayaan Kelantan 1996 yang akan diadakan pada 15 hingga 22 Ogos ini bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, di sini.

Gerai tersebut terdiri daripada 36 agensi kerajaan dan 50 pihak swasta yang akan mempamerkan produk masing-masing termasuk hasil-hasil kraftangan, batik, seni khat, ukiran kayu hasil pertanian, ternakan dan perikanan.

Menurut Pengerusi Jawatan-kuasa Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Haji Omar Muhamed, pameran itu bertujuan mendedahkan kepada masyarakat mengenai hasil-hasil yang dike-luarkan oleh para petani dalam sektor pertanian.



Petani perlu guna kaedah sistematik
KOTA BHARU: Petani-petani di negeri ini disaran menggunakan kaedah yang lebih sistematik dan betul dalam bidang pertanian bagi meningkatkan hasil pendapatan mereka.
Sehubungan itu, mereka perlu mempelajari teknologi-teknologi baru yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian bagi mencapai tujuan itu.

Penolong Pengarah Pengem-bangan Jabatan Pertanian Kelantan, Hajah Maliha Ghazali berkata, pengetahuan dalam bidang tekno-logi hendaklah sentiasa diper-tingkatkan dari semasa ke semasa.
“Petani tentunya akan menik-mati hasil yang lumayan sekiranya kaedah pertanian diamalkan dengan betul,” katanya  pada perasmian kursus Pembangunan Usahawan Tani di Pusat Latihan Pertanian, Lundang dekat sini, baru-baru ini.



Cukai : MPKB jangka pungut RM4 juta
KOTA BHARU:  Kira-kira RM4 juta kutipan pelbagai cukai dan lesen dijangka dapat dipunggut oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) tahun ini berikutan kesedaran orang ramai mengenai tanggungjawab itu.

Pegawai Perhubungan Awam-nya, Azman Mohd. Daham, berka-ta, sebanyak RM2.2 juta berjaya dipungut dari tempoh Januari hingga Julai tahun ini, berbanding RM1.9 juta sepanjang tahun lalu.
Menurutnya, perkembangan ini berlaku berikutan kesedaran penye-wa atau mereka yang terlibat terha-dap tanggungjawab masing-masing dan kempen yang dilancarkan oleh MPKB sebelum ini.



MB rai pelajar ke Timur Tengah
KOTA BHARU: Pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik) yang bakal melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah dan Indonesia akan diraikan dalam satu majlis bersama Menteri Besar yang akan diadakan pada 15 Ogos ini bermula jam 9 pagi bertempat di JKR 10.
Menurut Penolong Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) Yik, Ustaz Wan Mustapha Rusydi Abdul Ghani, program itu merupakan perjumpaan terakhir pihak Yik bersama pelajar terlibat sebelum mereka bertolak.