Make your own free website on Tripod.com
YB Omar: Kegiatan budaya dan seni akan lebih menonjolkan Islam
ANGGOTA Exco kerajaan negeri, YB Haji Omar Mohamed berhasrat dua portfolio tambahan yang diper-tanggungjawabkan kepadanya dapat dibentuk ke arah yang lebih menonjolkan Islam iaitu selaras dengan dasar ‘Membangun Bersama Islam’.

Mengulas tentang perlantik-annya sebagai Pengerusi Jawat-ankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, beliau berka-ta banyak elemen dalam kebu-dayaan di Kelantan boleh dise-suaikan dengan acuan Islam.

Katanya, segala program kebudayaan, kesenian dan pe-lancongan sekiranya digarap-kan secara  teliti dengan elemen Islam, ia akan lebih menyerlah-kan Kelantan kerana negeri ini mempunyai keunggulan tersen-diri dalam kebudayaan dan kesenian.

Dua portfolio tambahan yang diserah kepadanya ialah Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan serta Jawatankuasa Pemba-ngunan Masyarakat, Kesihatan dan Sukan yang berkuatkuasa 23 Julai lalu ekoran Menteri Besar melucutkan portfolio empat anggota Exco daripada PMS46 selepas PAS Pusat memutuskan hubungan dengan parti itu, 14 Julai lalu.

Sebelum ini jawatankuasa itu masing-masing dipengerusi-kan oleh anggota Exco daripada Parti Melayu Semangat (PMS) 46, YB Nik Mustapha Nik Lo-ding dan YB Haji Daud Jaafar.
Beliau juga terus memegang  portfolio sebelum ini iaitu Jawatankuasa Pertanian, Pem-bangunan Luar Bandar dan Industri Desa.

Omar berkata, dua portfolio itu akan direalisasikan ke arah lslam sebagai ad-din iaitu selaras dengan dasar yang diperjuangkan oleh Kerajaan Kelantan sekarang.

Beliau akan berusaha untuk menitikberatkan perkembang-an kebudayaan dan peradaban serta kesenian selaras dengan tuntutan Islam.

“Kebudayaan dan kesenian yang ada di Kelantan sekiranya digarap dengan prinsip Islam  akan menjadi bahan tarikan baru kepada pelancong yang berkunjung ke negeri ini.
“Pelancong yang dibekalkan dengan program itu akan dapat menghayati mesej Islam sebe-narnya dan menjadi harapan kepada kita untuk memberi sesuatu kelainan kepada pelan-cong asing apabila mereka berada di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, kerajaan nege-ri sentiasa menggalakkan pro-gram yang melibatkan kebuda-yaan dan kesenian selagi tidak bertentangan dengan Islam.

“Oleh itu, usaha bersung-guh-sungguh untuk memberi imej baru kepada setiap aktiviti itu perlu dilakukan kerana kesungguhan itu menggambar-kan hasrat kerajaan Kelantan untuk memartabatkan imej Islam dalam setiap aspek penghidupan di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata, acuan kebu-dayaan yang dibina dengan imej Islam tentunya lebih mantap dan menyerlah kerana ia sukar didapati di tempat-tempat lain.

Menyentuh tentang portfolio Pembangunan Masya-rakat, Kesihatan dan Sukan beliau berkata program pemba-ngunan masyarakat akan di-lengkapi dengan aktiviti pembi-naan insan terutamanya melalui program Desa Taqwa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Katanya, beliau akan berusa-ha memperkemaskan lagi prog-ram bantuan kepada rakyat miskin di negeri ini terutama-nya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bantuan Belia Niaga.
“Bagi program sukan dan kesihatan ia akan dibangunkan sejajar dengan perkembangan portfolio lain,” tambahnya.

Omar juga membayangkan beliau tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mene-ruskan tugasnya biarpun ter-paksa menerajui tiga porfolio memandangkan kerajaan nege-ri mempunyai ramai pegawai yang berwibawa.

Katanya, sejak mengambil-alih tugas portfolio berkenaan, beliau sudah mendengar takli-mat daripada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan portfolio baru yang diamanah-kan kepadanya.

“Insya Allah, dari semasa ke semasa saya akan menyerahkan laporan mengenai perkembang-an yang berlaku terhadap portfolio yang dipertanggung-jawabkan kepada Menteri Besar,” tambahnya.