Make your own free website on Tripod.com
Baju Korporat Lesen MPKB
Dalam usaha meningkatkan khidmat kepada masyarakat serta menaikkan imej sebagai penguasa tempatan, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) telah melancarkan ‘Baju Korporat Lesen’ kepada 19 pengawas perlesenannya.

Pelancaran itu telah dilancarkan oleh Yang Dipertuanya, Haji Hassan Abdullah, di Bilik Gerakan MPKB, baru-baru ini.

Pelancaran baju korporat itu juga ber-tujuan untuk menyerlahkan aktiviti perle-senan majlis itu kepada masyarakat khusus-nya yang bersangkutan dengannya, di samping memudahkan saluran perkhid-matan kepada peniaga agar berjalan lancar.

Turut hadir pada majlis bersejarah itu ialah, Ketua Jabatan Perlesenan, Ku Yusof Ku Othman dan Pegawai Perhubungan Awam, Azman Mohd Daham.

Baju kororat ala lengan pendek berwarna hijau muda yang dipadankan dengan seluar panjang hitam telah pun dipakai sejak awal Ogos lalu.