Make your own free website on Tripod.com
Tegahan bergincu tiada kaitan politik
Tegahan bersolek dan memakai gincu kepada kaki-tangan awam wanita di pejabat yang disarankan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, sepatutnya tidak dibantah atau dipolitikkan.

Ketika mengulas tentang beberapa reaksi terhadap saran-an YB Dato’ Menteri Besar itu, Pegawai Penyelaras Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Ustaz Muhammad Husin berkata, pemimpin di negara ini dan kaum wanita jangan menghukum dengan hukuman sendiri terhadap keputusan YAB Dato’ Menteri Besar yang menghendaki kaki-tangan awam negeri ini tidak bersolek dan memakai gincu.

Sebaiknya, jelas beliau tindakan itu tidak dipolitikkan oleh golongan tertentu atas tujuan tertentu sedangkan keputusan itu dibuat demi menjaga kesejahteraan kaum hawa bukan sahaja di dunia, tetapi di akhirat juga.

Sambungnya, sepatutunya pemimpin negara yang mendapat didikan agama tidak menghukum dengan hukuman sendiri atau mempolitikkannya kerana apa yang dilaksanakan itu menyentuh soal ‘aurat’ yang bukan hanya tertentu pada menutup kepala sahaja.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan berhias serta ber-gincu adalah sifat semulajadi kaum wanita, tetapi biarlah cara yang dilakukan itu tidak bercanggah dengan kehendak Islam, iaitu bersolek hanya untuk ahli keluarga sahaja atau suami bagi yang telah bersuami.

Ustaz Muhammad mengulas perkara ini di Majlis sambutan Hijratulrasul yang bertemakan ‘Umul-Mukminin Model Pembentukan Ummah’ yang telah diadakan di Dewan Tengku Anis, Sekolah Maahad Muhammadi (Perempuan) baru-baru ini.

Lebih 1,000 muslimat dari seluruh Kelantan menghadiri majlis sambutan itu. Majlis yang julung kali di-adakan oleh Urusetia Penerang-an Kerajaan Negeri Kelantan itu telah diisi dengan ceramah  oleh Ahli Dewan Negara, Senator Kalhtom Othman dan Adun Meranti, Ustaz Nasharuddin Haji Daud.
Ustaz Nasharuddin dalam ceramahnya  yang mengulas masalah akhlak berkata, mas-alah sosial khususnya di kalang-an remaja di negara ini dijangka lebih buruk lagi sekiranya Kera-jaan Pusat meluluskan penggu-naan ‘parabola’ kepada orang ramai.  Parabola ialah sejenis alat yang boleh menjangkau siaran televisyen dari serata dunia.

Katanya, keadaan keruntuh-an akhlak dan jenayah remaja dijangka lebih parah kerana alat berkenaan membolehkan setiap pemiliknya menikmati hingga larut malam siaran tv dunia yang tidak sesuai  ditonton oleh masyarakat berbudaya timur, khususnya Islam sendiri.

Atas sebab itu, beliau menyeru Kerajaan Pusat meng-kaji balik keputusan meluluskan penggunaan parabola itu demi keselamatan ummah dan para remaja bakal pemimpin negara pada waktu akan datang.

Beliau berkata, tanpa alat berkenaan pun penyakit akhlak rakyat negara ini sudah tenat dipengaruhi oleh gejala maksiat akibat dasar pentadbiran negara.

Keadaan ini membuatkan kes jenayah remaja meningkat setiap tahun sehingga ianya menjadi masalah baru pada negara seperti buang anak, kes dadah, lari dari rumah, merom-pak, membunuh dan sebagainya

“Lubang-lubang maksiat hendaklah ditutup segera bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku,” ujarnya.