Make your own free website on Tripod.com
Tazkirah oleh MPKB antara faktor kurangnya perlanggaran peraturan

Kesedaran orang ramai terhadap tanggungjawab kepada agama khususnya tazkirah yang diberikan oleh pihak MPKB sendiri, adalah di antara faktor kurangnya perlanggaran pada peraturan yang ditetapkan oleh majlis itu.

Kutipan kompaun Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) berkurangan sehingga 40 peratus bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, iaitu sebanyak RM63,325.90 dengan 1,020 kes, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Penolong Ketua Jabatan Perlesenannya, Encik Johari Mohd Nor, berkata, bagi tempoh yang sama tahun lalu, jumlah kutipan sebanyak RM128,731.80 de-ngan 1,242 kes.

Ketika memberitahu demikian dalam taklimat kepada 25 kakitangan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) yang melawat MPKB, beliau menjelaskan keadaan itu berlaku berikutan kesedaran tinggi orang ramai terhadap peraturan yang ditetapkan oleh MPKB yang diketuai Armita Kaur.
Turut memberi taklimat pada majlis itu ialah, Timbalan Yang Dipertua MPKB, Mohd Aiseri Alias, Penolong Ketua Penilaian MPKB, Wan Zaini Wan Ahmad.

Johari seterunya berkata, pada tempoh yang sama tahun 1994 pula, sebanyak RM 167,364.10 hasil kompaun dipungut dengan 1,645 kes.