Make your own free website on Tripod.com
 Golongan al-Malak yang Lebih Kuat Tentang Ajaran Islam

Kelantan sendiri kita telah mengemukakan Hudud.  Kita tahu ada orang setuju, dan ada orang tidak setuju.  Yang tidak setuju biasanya terdiri dasripada golongan al-Malak.  al-Malak maknanya golongan pemimpin masyarakat, sama ada pemimpin yang dilantik, sama ada pemimpin secara tradisi.  Umumnya orang-orang begini bukan sahaja Hudud yang dia tidak setuju, tetapi segala-gala ajaran Islam yang bercanggah dengan nafsu, memang dia tolak. Alhamdulillah, kerana yang tidak bersetuju daripada golongan pemimpin bukannya dari golongan bawahan.  Golongan bawahan ini mudah kita ajar dia. . .

Tetapi dengan sebab golongan pemimpin ini berasa dia ini orang besar dan pimpinan maka dia berasa sombong hendak duduk bersama dengan orang bawah. Dia merasa takabur menyebabkan dia jahil terus menerus, dengan sebab dia jahil dia lawan, dia tentang.