Make your own free website on Tripod.com
MB dianugerah Tokoh Pendidik YIK

MENTERI Besar Kelantan telah dianugerah Tokoh Pendi-dikan Yayasan Islam Kelantan (Yik) 1996 sebagai menghargai jasa dan sumbangan YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam bidang pendidikan Islam di negeri ini.

Anugerah terunggul Yik itu diberi kepada tokoh-tokoh yang menyumbang kepada perkem-bangan pendidikan agama di Kelantan.

Menteri Besar, sebelum terli-bat secara aktif dalam politik, pernah mengajar di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Jalan Merbau dekat sini.

Sekembali daripada menun-tut di luar negara iaitu India, Pakistan dan Mesir beliau telah membuka sekolah Darul Anwar Pulau Melaka bersama-sama dengan ayahnya Tuan Guru Nik Mat Alim.
Ketegasan dan kewarakan yang ada pada ayahnya telah terpancar kepada keperibadian Menteri Besar sehingga beliau menjadi seorang tokoh ulama yang berwibawa di negara ini.

Bagaimanapun beliau mera-sakan perjuangan sekadar ber-dakwah tidak akan mencapai hasratnya untuk menegakkan perjuangan Islam secara lebih sistematik dalam pentadbiran kerajaan.
Oleh itu, beliau telah meng-ambil keputusan untuk terlibat secara aktif dalam politik bagi menyumbang keringatnya demi perjuangan Islam pada 1967.

Ketika itu beliau telah diamanahkan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Kelantan Hilir dan memenangi kerusi itu pada 1976 hingga 1986.

Selepas itu beliau telah berpindah ke Parlimen Bachok dan kemudiannya bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Semut Api.

Kariernya dalam kepemim-pinan PAS bermula pada 1971 di mana beliau telah diama-nahkan untuk menerajui Dewan Ulamak PAS Pusat. Selepas itu dilantik pula sebagai Pesuruh-jaya PAS Kelantan pada 1978. Kini beliau ialah Musyidul Am PAS. Era kepemimpinan ulama di negeri ini bermula selepas beliau menerajui PAS Kelantan.

Kemantapan kepemimpinan ulama di Kelantan bermula pada Oktober 1990 apabila PAS bersama-sama rakan-rakan dalam Angkatan Perpaduan Ummah telah memenangi pilihan raya umum ketika itu dan beliau dilantik sebagai Menteri Besar.

Biarpun agak berat untuk menerima jawatan tertinggi itu,  Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah calon yang paling layak kerana kewibawaan dan ketokohan yang ada padanya.

Biodata sejarah perjuangan Menteri Besar itu telah dibaca oleh Penolong Ketua Pengarah YIK, Ustaz Ismail Nuh pada majlis penganugerahan tersebut yang diadakan sempena Hari YIK pada 1 Ogos lalu di Dewan Sadam Hussien di Nilam Puri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidik-an dan Dakwah negeri, Ustaz Mohamed Daud menyampai-kan tropi penganugerahan itu kepada Menteri Besar.

Semasa biodatanya dibaca, Menteri Besar kelihatan terharu mendengar rentetan sejarah lampau penglibatannya dalam pelbagai bidang sehingga melayakkan menjadi seorang pemimpin yang unggul di dunia Islam hari ini.