Make your own free website on Tripod.com
Kemalangan jalan raya:  Kelantan ketiga terendah

KELANTAN mencatat ka-dar kemalangan jalan raya yang ketiga terendah di negara ini sepanjang tahun 1995.

Pengerusi Majlis Kesela-matan Jalan Raya Kelantan, YB Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, sepanjang tempoh itu 4,297  kemalangan berlaku di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, kadar itu bertambah berbanding sebanyak 3,907 kes pada tahun sebelumnya.

“Begitu juga dengan kemalangan maut meningkat 11.8 % pada tempoh berkenaan,” katanya di majlis pelancaran keselamatan jalan raya dan Hari Keluarga Persatuan Kebajikan Pemandu-Pemandu Teksi Kelan-tan di hentian teksi Jalan Doktor, Kota Bharu, 30 Julai lalu.
Majlis itu juga sempena menyambut Mauludilrasul yang diadakan oleh anggota persa-tuan itu.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan majlis itu.
Abdul Rahim berkata, dalam tempoh tujuh bulan pertama 1995, jajahan Kota Bharu mencatat kadar kemalangan yang tertinggi sekali iaitu 1,042 kes dan bilangan itu meningkat kepada 1,070 dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Katanya, bilangan kenderaan yang paling banyak terlibat dengan kemalangan ialah motosikal iaitu sebanyak 556 kes dalam tempoh tujuh bulan pertama 1995 dan 638 kes dalam tempoh yang sama tahun ini.

“Ini menggambarkan pertambahan sebanyak 14.75% bagi penunggang moto-sikal dan ia menjadi penyumbang utama kepada kadar kemalangan di negara ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya akan mengadakan kempen ‘Gerakan Kesela-matan Jalan Raya Sifar’ dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan.

Menurutnya, fokus utama kempen itu ialah kepada penunggang dan pemboceng motosikal yang akan diadakan di kawasan perindustrian.

“Kita akan memohon kepada semua pengurus kilang memberi kerjasama menjayakan kempen itu,” katanya.

Di kawasan perindustrian itu kerajaan negeri juga telah membina litar bagi menjalankan kempen keselamatan lalu lintas Shell bagi dimanfaatkan di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Sempena pelancaran kempen keselamatan jalan raya itu, anggota-anggota persatuan berkenaan telah mengedarkan risalah pelekat kempen keselamatan jalan raya yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan raya (JPJ).