Make your own free website on Tripod.com

KAJI SEMULA PERJANJIAN PROJEK PEMBANGUNAN

KERAJAAN Kelantan akan mengambil tindakan susulan terhadap syarikat yang sudah menandatangani perjanjian untuk menjalankan apa-apa projek di negeri ini.

“Kita akan pastikan setiap projek yang sudah dirancangkan dilaksanakan.  Sekiranya mereka menghadapi masalah kita mengkaji balik.

“Sekiranya syarikat berkenaan tetap menghadapi masalah kita akan batalkan perjanjian lama dan memberi peluang kepada syarikat baru,” kata Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia, YB Hj. Ahmad Yakub selepas hadir di majlis menandatangani perjanjian persefahaman PKINK dengan Taiping Consolidated Bhd. membangunkan industri makanan di Apam, Pasir Mas baru-baru ini.

Beliau berkata projek baru yang akan dijalankan dipastikan tidak bertindan dengan projek sedia ada.

Menurutnya, kerajaan negeri mengutamakan pembangunan bagi pengeluaran sumber makanan termasuk sayur-sayuran di kawasan tanah tinggi.

Menyentuh tentang ekonomi dan kewangan negara sekarang, Hj. Ahmad Yakub menyambut baik hasrat kerajaan Pusat menangguh projek-projek mega di negara ini ekoran kejatuhan nilai ringgit.
Katanya, langkah itu penting bagi mengelakkan nilai ringgit Malaysia terus jatuh.  


HOME