Make your own free website on Tripod.com

‘Lampu hijau’ bagi penubuhan Kolej Islam Kelantan

KOLEJ Islam Kelantan yang dirancang Kerajaan Kelantan dijangka dapat ditubuhkan tidak berapa lama lagi apabila pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan ‘lampu hijau’.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan, Dakwah dan Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, YB Ustaz Muhamad Daud, berkata beliau bersama-sama YB Timbalan Menteri Besar, Ustaz Haji Abdul Halim Abdul Rahman telah membuat kunjungan hormat kepada Menteri Pendidikan bagi membincangkan penubuhan kolej tersebut.

“Nampaknya, pihak kementerian memberikan ‘lampu hijau',” katanya ketika berucap di majlis keraian bersama pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang akan melanjutkan pengajian ke Mesir dan Timur Tengah serta penerima sijil Maahad Dakwah wal-Imamah, yang diadakan di JKR 10, Kota Bharu 17 Ogos lalu.

Beliau berkata, penubuhan Kolej Islam Kelantan ini adalah berasaskan kepada Pusast Pengajian Pondok dan institusi seperti Maahad Dakwah wal Imamah.

Menurut beliau, penubuhan Kolej tersebut dijadualkan pada Julai lalu tetapi terpaksa ditangguh kerana urusan pendaftarannya dengan pihak Kementerian Pendidikan dan perundingan tentang penyesuaian kolej itu dengan syarat-syarat akta pendidikan masih diteruskan lagi.

Difahamkan bahawa penyelerasan terpaksa dibuat berikutan pindaan terhadap akta pendidikan dan akta kolej dan universiti yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Pusat.

Ustaz Muhammad Daud juga memberitahu bahawa Maahad Dakwah wal-Imamah akan dibesarkan lagi, selaras dengan keperluan kolej itu kelak.


HOME