Make your own free website on Tripod.com

25 pelajar lulusan pertama Maahad Dakwah wal-Imamah terima sijil

KUMPULAN pertama seramai 25 orang pelajar Maahad Dakwah wal-Imamah yang tamat pengajian selama tiga tahun di situ menerima sijil yang disampaikan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan pada 17 Ogos lalu di dalam  majlis yang diadakan serentak meraikan pelajar YIK menyambung pengajian ke Universiti al-Azhar, Mesir dan universiti di Jordan yang diadakan di JKR 10, Kota Bharu.

Pengetua Maahad, Ustaz Hassan Mat Leh, di dalam ucapannya di majlis tersebut berkata, sijil mereka adalah diiktiraf oleh Universiti al-Azhar, Mesir bagi membolehkan mereka menyambung pengajian tahun tiga di dalam mana-mana bidang di Fakulti Usuluddin di sana.

Menurut beliau pengiktirafan itu adalah hasil usaha yang dilakukan oleh ADUN Banggul Judah, Ustaz Yahya Othman dan Pengarah YIK, Tuan Haji Ayub Muhamad

Dua orang daripada pelajar tersebut akan menyambung pengajian ke negeri China. Mereka akan melanjtukan pengkhususan di dalam bahasa China di sebuah pusat pengajian bahasa di negeri itu.
Maahad Dakwah wal-Imamah   ditubuhkan pada tahun 1993 di bawah kelolaan YIK.

Penubuhannya adalah satu daripada usaha Kerajaan Kelantan untuk melahirkan ramai pendakwah berwibawa yang mampu menjalankan tugas di tengah-tengah masyarakat berbagai-bagai kaum.
Pelajar Maahad semakin bertambah dari setahun ke setahun. 


HOME