Make your own free website on Tripod.com

Kursus tingkatkan penguasaan bahasa

YAYASAN Islam Kelantan (YIK) dengan kerjasama Universiti Madinah  mengadakan kursus untuk meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam kepada guru-gurunya.

Pengarah YIK, Haji Ayub Mahmud berkata, pendidikan Islam dan kursus bahasa berkenaan penting diterapkan kepada guru-guru dalam usaha meningkatkan tahap pengajaran.

Katanya, pihak YIK sentiasa berusaha untuk mencapai ke arah itu dan sebelum ini pernah menghantar guru Bahasa Arab mengikuti kursus bahasa tersebut di Timur Tengah, khususnya Arab Saudi.

“Malah ramai pelajar dari yayasan ini yang berkelulusan Universiti Madinah  menjadi guru di bawah YIK di samping berdakwah menegakkan syiar Islam,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi di atas kerjasama dan perhatian menyalurkan bantuan bagi menjayakan sebarang program berkenaan.

Sementara itu, anggota Exco kerajaan negeri, YB Ustaz Muhamed meminta Kerajaan Arab Saudi sentiasa menyalurkan bantuan khusus dalam usaha meningkatkan syiar Islam di Kelantan. 


HOME