Make your own free website on Tripod.com

Belia ikuti kursus perkahwinan

KURSUS Pra-Perkahwinan Islam Bersepadu anjuran Jawatankuasa Masjid Mukim Tunjong di sini berjaya menarik penyertaan lebih 100 golongan muda mudi.
Imam masjid tersebut, Ismail Adam berkata, kursus itu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dan Pusat Islam Kuala Lumpur.
Menurut Ismail, antara matlamat utama kursus selama dua hari itu ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai tanggungjawab yang perlu dilakukan apabila mereka mendirikan rumahtangga agar selari dengan tuntutan agama.

Jasa-jasa Allahyarham Haji Sulaiman Ahmad dikenang

USAHA yang dimainkan oleh bekas Adun Semerak, Allahyarham Haji Sulaiman Ahmad bukan kecil bagi melahirkan kesejahteraan kehidupan rakyat di kawasan itu.

Begitu juga masalah pemilikan tanah di Semerak telah diusahakan termasuk penduduk keturunan Siam yang tinggal di kawasan itu.

Hakikat itu diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Besar, Y.B Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman yang menjelaskan kira-kira 600 lot lagi dalam proses terakhir untuk diselesaikan.

Penghulu-penghulu beberapa mukim di Semerak juga mengakui kesungguhan kerajaan negeri menyelesaikan masalah pemilikan tanah yang banyak tidak selesai oleh kerajaan sebelum ini.
Sepanjang perkhidmatannya sebagai wakil rakyat, banyak jasa telah dicurahkan biarpun keadaan kesihatannya sering tidak mengizinkan.

Allahyarham meninggal dunia pada 6 Julai lalu di rumahnya di Kampung Pulau Lima kira-kira jam 8.08 pagi selepas diserang angin ahmar. Sebelum ini beliau pernah dirawat di hospital. Allahyarham meninggalkan lapan orang anak dan seorang isteri, Hajjah Fatimah Yusof, 56.

Ekoran kematian bekas Adun itu, satu pilihan raya kecil telah diadakan pada 11 Ogos lalu, yang dimenangi calon Barisan Nasional, Haji Kamaruddin Mohd Nor, 50 dengan majoriti 778 undi.
Hari penamaan calon berlangsung di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, pada 31 Julai.
Calon PAS, Wan Mohd Fauzi Wan Hussain, 38 gagal mengekalkan kerusi PAS di kawasan itu manakala calon dari parti Akim hilang wang pertaruhan.


HOME