Make your own free website on Tripod.com

Jalan Tok Bali-Semerak siap dibaiki

YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, merasmikan majlis keraian siapnya kerja-kerja membaiki jalan Tok Bali-Semerak pada 9 Ogos lalu.

Jalan sepanjang 3.1 kilometer dari jambatan Tok Bali ke Semerak yang rosak teruk sejak lama telah dibaiki oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan belanja kira-kira RM270,000.  Kerja-kerja itu dilaksanakan oleh sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dilaksanakan di dalam tempoh kira-kira tiga minggu.  Kerajaan Kelantan telah meluluskan  peruntukan membaiki jalan tersebut pada Mac 1997 tetapi pelaksanaannya tertangguh hingga Julai untuk menyelesaikan beberapa masalah teknikal.

Majlis kesyukuran itu disertai oleh penduduk tempatan dengan mengadakan permainan kanak-kanak, lumba basikal, pertandingan sepak takraw dan menikmati jamuan.

Penduduk dan hadirin di majlis itu juga diberikan pemeriksaan kesihatan percuma oleh doktor.
Turut serta ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Alam Sekitar dan Kesihatan, YB Hassan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan, Dakwah dan Penerangan, YB Ustaz Mohamed Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan, Belia dan Sukan, YB Abdullah Yakub.


HOME