Make your own free website on Tripod.com

RM81.8 juta untuk jalan

KERAJAAN Kelantan telah membelanjakan RM81.8 juta bagi membina jalan raya di seluruh negeri sejak 1991 hingga akhir tahun lalu, kata Menteri Besar, YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

RM40 juta daripada jumlah tersebut digunakan untuk membina dan menurap jalan baru, RM540,000 membaiki jalan dan selebihnya bagi penyelenggaraan.

Katanya, pada tahun ini sebanyak RM3 juta diperuntukkan bagi membina longkang-longkang besar dan jalan-jalan kampung.

Beliau berkata demikian di dalam ucapan ketika merasmikan merasmikan majlis keraian siapnya kerja-kerja membaiki jalan Tok Bali-Semerak pada 9 Ogos lalu.


HOME