Make your own free website on Tripod.com

Ahli Parlimen Tumpat lawat mangsa ribut

MANGSA ribut di Kampung Pak Jah mukim Besut dan Telaga Bata dekat sini, awal Julai lalu mendapat perhatian anggota Parlimen Tumpat, YB Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood, apabila beliau melawat penduduk terbabit sehari selepas kejadian.

Ahli Parlimen itu bersama beberapa pegawai pembangunan dari Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat melawat lapan rumah mangsa kejadian itu, di dua buah kampung.

“Bantuan daripada Tabung Serambi Mekah kepada mangsa terbabit akan disampaikan secepat mungkin bagi meringankan bebanan mereka,” katanya.

Sebuah rumah di Kampung Pak Jah dihempap pokok kelapa manakala atap rumah-rumah lain termasuk di Kampung Telaga Bata diterbangkan ribut.
Menurut Wan Jamil kejadian itu mengakibatkan mangsa terbabit kerugiaan kira-kira RM20,000. Beliau juga menghulurkan bantuan peribadi.


HOME