Make your own free website on Tripod.com

Pastikan loji pembersihan air tidak bahayakan penduduk

PENGERUSI Jawatankuasa Kerjaraya, Kemudahan Awam dan Kesihatan Negeri, YB Haji Hassan Abdullah meminta Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB) memastikan loji-loji pembersihan air milik syarikat itu dibuat pemeriksaan teliti.

Pemeriksaan itu perlu bagi mengelakkan kejadian kebocoran gas klorin di Tualang, Kuala Krai berulang kembali. Ketika  kejadian itu Julai lalu seramai 90 penduduk dikejarkan ke Hospital Kuala Krai kerana mengalami kesesakan pernafasan ekoran terhidu gas tersebut.

“KWSB perlu bertanggungjawab ke atas loji milik mereka dan memastikan setiap loji pembersihan berada di dalam keadaan selamat,” katanya.

Mengenai tuntutan pampasan yang akan dikemukakan oleh penduduk katanya, ia terpulang kepada mereka bagi menentukan tindakan tersebut.


HOME