Make your own free website on Tripod.com

MB rasmi motothon kibar bendera

MENTERI Besar telah diberi penghormatan merasmikan Motothon Perpaduan Kibar Bendera Peringkat Kebangsaan dan Kempen Perarakan Bendera Bermotosikal Peringkat Negeri sempena  Hari Kebangsaan.

Acara yang disertai lebih 1,600 penunggang motosikal itu diadakan di Padang Merdeka, Kota Bharu. Perarakan itu menuju ke Terengganu.

Sebelum itu, acara penyerahan bendera kepada Ketua-Ketua Jajahan telah diadakan. ‘Jalur Gemilang’ berkibar megah di atas setiap kenderaan sebagai lambang semangat patriotik.

YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui pemberita di majlis itu berkata, pembebasan daripada hawa nafsu penjajah yang cuba menyuntik kebudayaan baru di kalangan masyarakat hendaklah diusahakan.

“Pejuang silam sanggup membentuk kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap satu arah perjuangan suci dan diredhai Allah.

“Kita tidak mahu pembawa dan pemegang bendera hanya menjadi satu permainan atau lakonan sahaja dengan tidak mempunyai sifat-sifat kesetiaan dan menjaga kehormatan,” katanya.


HOME