Make your own free website on Tripod.com

ISIKAN MERDEKA DENGAN TAQWA

KETAQWAAN dan keiman-an yang jitu kepada Allah hendaklah dijadikan isi kemerdekaan supaya terjamin limpahan rezeki dan keberkatan, kata YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Beliau menjelaskan bahawa selama ini kemerdekaan ini telah diisi dengan  membentuk sikap dan pembangunan yang terlalu kebendaan sedangkan rohani atau spiritual telah diabaikan sehingga menyebab-kan sekarang kita tidak merdeka dalam ertikata yang sebenarnya.

Pengisian yang berbentuk kebendaan ini meletakkan ne-gara dalam kegiatan pemba-ziran, rasuah, judi, arak, riba dan berbagai-bagai penyelewengan yang sepatutnya ditinggalkan.

Seterusnya beliau berkata rakyat perlu juga bijak merancang serta melaksanakan dasar ekonomi untuk mempastikan rakyat dan negara terus bebas dan merdeka daripada penjajahan.

Sebelum itu, dalam ucapan alu-aluannya, Timbalan Men-teri Besar Kelantan, YB Haji Abdul Halim bin Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Merdeka 98 berkata rakyat terlibat dan sama-sama bertanggungjawab kepada negara apabila membeli barangan buatan Malaysia sesuai dengan tema sambutan hari kemerdekaan tahun ini ialah ‘Negara Kita Tanggung-jawab Kita’.

Dalam pada itu, katanya, menghimpun kekayaan tanpa kira halal dan haram tetap akan membawa kesan kepada masyarakat.