Make your own free website on Tripod.com

Kelewatan pemberian hak milik tanah rakyat Pegawai terbabit jangan berdolak-dalik

MENTERI Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat mahukan masalah pemberian hakmilik tanah kepada rakyat diselesai-kan dengan cepat dan pegawai-pegawai terbabit tidak boleh berdolak dalih dengan kes berkenaan.

Ketika memberi amanat selepas mendengar taklimat pembangunan Jajahan Gua Musang oleh Ketua Jajahan, Encik Azamli Jamaluddin sempena lawatan kerjanya ke jajahan itu baru-baru ini, Tuan Guru Menteri Besar yang kagum rekod kutipan cukai di jajahan itu berkata, peraturan penyelesaian yang telah sedia ada hendaklah diguna pakai.

“Tanah yang macam mana patut diberikan hakmilik kepada pemohon dan macam mana pula yang tidak patut sudah termaktub dalam peraturan yang telah digezet dan ianya hendaklah diguna pakai bagi memastikan rakyat tidak berada dalam keadaan menunggu bagi sesuatu yang belum tentu,” tegasnya.

Katanya, sebarang dalih untuk tidak mempercepatkan urusan pemberian hakmilik tanah kepada yang berkela-yakan mendapatkan hakmilik adalah suatu pengkhianatan terhadap tugas dan tanggung-jawab, apatah lagi jika yang tidak layak pula diberikan hakmilik. Pegawai yang berke-naan bukan sahaja sengaja mencetuskan permusuhan de-ngan rakyat tetapi juga mencetuskan kemurkaan Allah.

“Oleh kerana kita semua akan mati, maka laksanakanlah kerja kita dengan tulus ikhlas, adil dan saksama serta elakkan daripada terbabit dalam seba-rang penyelewengan termasuk menangguhkan kerja yang sepatutnya disiapkan segera,” tegasnya.

Beliau yakin jika setiap orang sama ada orang politik, pegawai kerajaan, petani, pekebun dan sebagainya  sentiasa merujuk kepada ajaran Islam, mereka tidak akan terjebak dengan perlakuan-perlakuan kurang bermoral seperti melambat-lambatkan kerja, seleweng dan sebagainya kerana orang yang merujuk kepada Islam akan tahu bahawa perlakuan-perlakuan sedemi-kian adalah berdosa dan dimurkai Allah.

Sempena lawatan kerja itu Menteri Besar turut meninjau ladang herba dan ladang kelapa sawit di samping mengambil kesempatan beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli yang rata-rata menjadi antara warga Gua Musang yang tidak tersisih dan disisihkan dari perhatian pihak kerajaan.