Make your own free website on Tripod.com

Elaun penghulu di Tumpat Dakwaan Kerajaan Negeri

tidak ada duit adalah karut

PENGERUSI Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Alam Sekitar dan Kesi-hatan Negeri Kelantan, YB Haji Hassan Abdullah mengingatkan agar tidak ada sesiapapun yang cuba menimbulkan salah faham yang boleh mencemarkan imej Kerajaan Kelantan berikutan adanya aduan penghulu tidak menerima elaun bulanan mereka di Jajahan Tumpat.

Katanya, Kerajaan Kelantan masih mampu dan masih ada keupayaan bagi membayar elaun dan gaji kakitangan kerajaan di negeri ini.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab dengan pegawai-pegawai kerajaan ne-geri dan persekutuan sempena lawatan kerja, YAB Tuan Guru Dato’Menteri Besar ke Jajahan Tumpat baru-baru ini.

Menjawab aduan seorang penghulu pada majlis dialog itu, berhubung elaun penghulu di jajahan itu, Haji Hassan berkata walaupun kegawatan ekonomi melanda negara tetapi kesannya belum terasa di Kelantan ekoran langkah yang sejajar dengan saranan Tuan Guru Menteri Besar supaya 'berbelanja jangan sampai boros berjimat jangan sampai kedekut'.

Penghulu berkenaan menga-du bahawa beliau dan rakan-rakan tidak menerima elaun masing-masing sejak bulan Mei tahun ini dan apabila ditanyanya hal itu kepada pihak berkenaan di Pejabat Tanah Dan Jajahan, beliau diberitahu bahawa elaun mereka tidak dibayar kerana kerajaan 'tidak ada duit'.
“Jawapan kerajaan tidak ada duit adalah karut dan menge-lirukan. Kerajaan bukan sahaja masih mampu untuk membayar gaji dan elaun kakitangan ke-rajaan tetapi masih mampu membayar bonus dan mem-berikan pinjaman tanpa faedah,” tegasnya dan memberi jaminan akan mencari punca sebenar berlakunya keadaan itu.

BULETIN difahamkan, hanya penghulu-penghulu di Jajahan Tumpat sahaja yang mengalami nasib sedemikian manakala rakan-rakan setugas mereka di jajahan lain menerima elaun mereka seperti biasa.

Haji Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir (Parlimen Pasir Mas) berkata andainya negara jatuh bankrap ekoran kesilapan rakyat memilih kerajaan yang gagal mengawal ekonomi negara - walaupun mendabik dada kononnya didokong oleh pimpinan yang berhemah dan berwawasan - Kelantan adalah negeri terakhir yang akan menerima kesannya.

Andainya berlaku kes seperti di Jajahan Tumpat di mana jawapan yang diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab meragukan, maka pihak terbabit hendaklah terus berjumpa de-ngan dengan Pegawai Kewang-an Negeri,dengan beliau atau dengan YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar sendiri pada kadar segera agar tidak timbul salah faham yang boleh men-cemarkan imej kerajaan negeri.