Make your own free website on Tripod.com

Bukan Islam perlu fahami Islam

CARA dakwah yang lebih sem-purna diperlukan bagi negara seperti Malaysia, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan, Dakwah dan Penerangan Kerajaan Kelantan, YB Haji Mohamed bin Daud.

Katanya, kita ada masalah dalam menyampaikan dakwah kepada bukan Islam di negara ini kerana bukan Islam perlu didakwahkan supaya sekurang-kurangnya tidak menentang Islam sebelum mereka dibawa kepada memahami Islam dengan lebih mendalam dan memeluk Islam.

Beliau selaku Timbalan Pengerusi Satu Perkim Negeri Kelantan berkata demikian ke-tika berucap di majlis perasmian Ijtimak Tahunan Saudara Kita oleh YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar di Pondok Moden Kandis 20 Ogos lalu.

Katanya, Kerajaan Kelantan telah mengambil langkah khu-sus untuk mengatasi masalah ini terutamanya melalui penubuhan institusi Maahad Dakwah wal Imamah di mana bahasa China menjadi bahasa wajib dipelajari oleh pelajar-pelajarnya.

“Kita telah hantar dua orang lulusan Maahad Dakwah wal Imamah ke negeri China untuk melanjutkan pengajian bahasa China dan mereka telahpun balik,” katanya.

Dengan cara begini kita berharap dapat melahirkan pendakwah yang  akan dapat menjalankan dakwah di kalangan bukan Islam dengan lebih berkesan, jelas beliau.