Make your own free website on Tripod.com

Wujudkan ukhuwah dengan penduduk

kampung melalui ijtimak saudara baru Perkim

YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan menyarankan Pertubuhan Kebajikan Islam (Perkim) cawangan Negeri Kelantan supaya  Ijtima Saudara Kita yang diadakannya setiap tahun dijalankan di kawasan kampung di mana para peserta boleh dilayan untuk mencetuskan ukhuwah yang mendalam bersama-sama penduduk setempat.

Untuk tujuan ini, katanya, sekiranya ijtimak berlangsung pada musim buah, ijtimak hendaklah diadakan di daerah yang banyak buah seperti di Kuala Krai, Gua Musang atau Jeli supaya majlis-majlis memetik dan makan buah dapat diadakan bersama-sama para peserta oleh masyarakat kampung manakala di tempat seperti di Bachok para peserta boleh diajak ke kampung nelayan untuk bersama-sama orang kampung mencari ikan.

“Dengan kegiatan demikian para peserta ijtimak daripada kalangan saudara kita yang baru memeluk Islam dan dari berbagai-bagai bangsa ini akan dapat mengenali dan bermesra dengan penduduk Melayu yang telah lama menganut Islam hingga tidak terasa beza antara Melayu dengan bangsa lain yang sesama Islam,” katanya ketika berucap melancarkan Ijtimak Tahunan Saudara Kita anjuran Perkim di Pondok Moden Kandis, Bachok pada 20 Ogos lalu.

Menurut Tuan Guru Dato' Menteri Besar kegiatan seperti ini sesuai kerana cara bermasyarakat orang Melayu sama ada disedari atau tidak telah terbentuk melalui Islam.

Beliau memberi contoh bagaimana orang putih hairan dan menganggap bodoh pada orang Melayu yang minum atau makan di kedai sanggup keluar wang untuk belanja rakan-rakannya yang lain sedangkan orang putih itu sendiri bayar minuman atau makanan masing-masing apabila sama-sama makan minum di kedai.

Ini menunjukkan orang Melayu itu walau dalam keada-an miskin sekalipun lebih mementingkan silaturahim dan sanggup berbelanja untuk rakan-rakan dan tetamu-tetamunya sebagaimana diga-lakkan Islam.

Perkara seumpama beginilah patut diperkenal dan dipupuk kepada mereka yang baru memeluk Islam bagi menun-jukkan betapa Islam amat mementingkan silaturrahim, to-long menolong atau taawun tanpa membeza-bezakan bang-sa, warna kulit dan  darjat, jelas beliau.

Beliau menyeru agar dijalankan usaha memasyara-katkan Perkim ke kampung-kampung supaya orang Melayu di kampung dapat melihat orang berbagai-bagai bangsa di dalam Islam.

“Kalau kita betul tonjolkan Islam kita tidak akan bercelaru tentang bangsa.  Masalahnya, orang Islam sendiri tidak tonjolkan Islam tetapi yang ditonjolkannya ialah sekular-isme, nasionalisme dan seba-gainya menyebabkan berbagai-bagai kekeliruan berlaku dalam menentukan hubungan antara sesama manusia,” jelasnya.

Beliau seterusnya meng-ingatkan bahawa Islam meng-ajar penganutnya supaya hormat kepada para tetamu dan kepada orang yang menuntut ilmu.

“Mesti ada penghormatan kepada pelajar sebab para malaikat sendiri amat hormat dan merendahkan diri apabila bertemu orang yang menuntut ilmu,” katanya.

Tuan Guru Dato' Menteri Besar yang juga Pengerusi Perkim Kelantan berkata Kerajaan Kelantan sekarang telah berusaha setakat yang mampu untuk membantu Perkim seperti memberi tanah seluas 1,000 ekar dan bangunan Perkim di Pengkalan Chepa bagi membolehkan Perkim bergerak dengan lebih selesa.

Sementara itu, Ketua Jajahan Bachok, Haji Ab. Rahim ber-kata pihaknya sentiasa bersedia untuk menerima dan bekerja-sama dengan mana-mana badan yang ingin menjalankan kegiatan dakwah di Bachok.

Menurut beliau Perkim di Bachok kini dianggotai oleh lebih 50 orang dengan menjalankan kelas fardhu ain di dua tempat.