Make your own free website on Tripod.com

Perkim Kelantan capai kejayaan lebih daripada jangkaan

IJTIMAK Saudara Kita yang dijalankan oleh Perkim cawangan Kelantan adalah berbeza daripada ijtimak Perkim di negeri-negeri lain kerana ia disertai oleh peserta-peserta dari luar Kelantan termasuk dari Thailand.

Perbezaan lain ialah ijtimak Perkim di Kelantan dijalankan bergilir-gilir antara daerah-daerah di negeri ini.

Ini diberitahu oleh Setia-usaha Agung Kehormat Perkim, Tuan Haji Yaakub Lazim, da-lam ucapannya sempena peras-mian majlis Ijtimak Saudara Kita Perkim oleh YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar di Pondok Moden Kandis, Bachok pada 21 Ogos lalu.

Katanya, Perkim memang menyediakan rangka kerja paling minima untuk dijalankan sebagai aktiviti bagi saudara-saudara baru seperti meng-adakan kelas fardhu ain. Ijtimak tahunan adalah antara aktiviti yang dicadangkan kepada setiap cawangan Perkim.

Bagaimanapun, menurut beliau, tidak sampai separuh Perkim cawangan mengadakan ijtimak tahunan tetapi Perkim cawangan Kelantan telah mengadakannya setiap tahun.

Beliau memberi tahniah kepada Perkim negeri Kelantan atas usaha dan kejayaannya.
“Perkim negeri Kelantan sudah jalankan aktiviti lebih daripada rangka kerja minima yang ada dalam rancangan dan harapan Perkim Kebangsaan,” katanya.

Ijtimak Tahunan Saudara Kita Perkim Kelantan yang berlangsung antara 20-22 Ogos di Pondok Moden, Kandis, Bachok kali ini disertai oleh lebih 180 peserta yang terdiri daripada saudara baru daripada pelbagai kaum di Malaysia termasuk Orang Asli dan kaum-kaum dari Sabah dan Sarawak. Selain itu saudara baru daripada orang Thai, Kemboja dan Filipina turut serta.