Make your own free website on Tripod.com

Bagi mendapatkan sumbangan orang ramai

untuk pembangunan sekolah, Kelantan tidak gawat

PENGARAH Yayasan Islam Kelantan berkata dalam keada-an kegawatan ekonomi seka-rang, tidak semuanya gawat.

“Kelantan tidak gawat. Oleh itu tidak mungkin sukar untuk mendapatkan bantuan derma sejumlah RM1.5 juta yang diperlukan oleh Sekolah Menengah Maahad Muham-madi Perempuan bagi membina dewan serbaguna dan perpusta-kaannya . Jumlah ini tidaklah sebegitu besar,” katanya.
Sehubungan dengan itu be-liau memberitahu hampir semua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah-sekolah tajaan YIK te-lah mengambil langkah memu-ngut derma bagi pembangunan sekolah masing-masing.

“Tiap-tiap sekolah ini mempunyai cara masing-masing yang berlainan antara satu sama lain untuk melakukan pungutan derma.  Walaupun berbeza-beza nampaknya keja-yaan tetap dicapai,” katanya.

Dalam ucapan beliau sem-pena pelancaran pungutan der-ma bagi membina dewan serba-guna dan perpustakaan Sekolah Menengah Maahad Muham-madi Perempuan di Kota Bharu oleh YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan 30 Ogos lalu, beliau memberitahu bahawa YIK sekarang adalah satu keluarga besar yang mempunyai peruntukan belanja sekadar cukup makan.

“Kita tidak mampu membina bangunan-bangunan baru untuk sekolah-sekolah di bawah kelolaan kita menyebabkan sekolah-sekolah ini terpaksa melakukan pungutan derma jika hendak membuat pembangunan seterusnya,” jelas beliau.

Menurut beliau Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki di Jalan Pengkalan Chepa telah menerima sumbangan daripada jutawan Arab untuk membina bangunan asramanya sehingga-kan kini ada kira-kira RM300,000 derma daripada orang ramai tersimpan.

Menyentuh tentang penca-paian Maahad Muhammadi Perempuan beliau memberitahu Maahad Muhammadi Perem-puan kini berada dalam keadaan melebihi had maksimum pen-tadbiran sesebuah sekolah. Dengan pelajar berjumlah 2634 orang sekolah ini akan dinaik-kan taraf pada tahun depan.

Katanya, pencapaian Ma-ahad Muhammadi Perempuan sekarang adalah setanding dengan sekolah bistari yang sedang diwujudkan di negara ini dan dari segi akademik sekolah ini berkemampuan untuk diting-katkan menjadi sebuah institusi berikutan pengiktirafan yang diperolehinya untuk menjadi sekolah angkat oleh empat buah universiti seperti Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Madinah.

Misalnya, menurut beliau, lulusan Sijil Tinggi Ugama dari sekolah ini akan layak mema-suki tahun pertama peringkat ijazah UKM.

Pengiktirafan yang diberikan oleh pihak universiti terhadap sekolah ini adalah dibuat setelah mengkaji keseluruhan aspek pencapaian akademik dan pera-nan sekolah ini dalam pendidikan.
Menyentuh tentang penggu-naan komputer di sekolah-seko-lah YIK, beliau memberitahu ada sejumlah 30 komputer ditempatkan di Maahad Dak-wah wal-Imamah di Nilam Puri.

Beliau menjelaskan bahawa komputer-komputer itu boleh digunakan oleh semua guru YIK selain pelajar Maahad Dakwah.