Make your own free website on Tripod.com

Pelajar cerdik bidang Islam patut libatkan diri dalam politik sejak awal

SERAMAI 15,000 pelajar yang telah dihasilkan oleh Sekolah Menengah Maahad Muham-madi Perempuan, Kota Bharu boleh dijadikan sumber utama untuk mendapatkan bantuan dan modal membangunkan sekolah ini.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru, YB Ustaz Yahya Othman, berkata keupayaan dan kemampuan yang ada pada sumber sebegini besar boleh menjadikan sekolah ini tidak terlalu bergantung kepada sumbangan Kerajaan Kelantan  untuk melakukan program pembangunan sekolah.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya di majlis pelancaran pungutan derma pembangunan dewan serbaguna dan perpustakaan sekolah itu oleh YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan, 30 Ogos lalu. Pembangunan ini memerlukan belanja kira-kira RM1.5 juta.

Ustaz Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Banggul Judah berkata sekolah ini telah mengeluarkan pelajar-pelajar cemerlang dan mencapai kejayaan dalam kerjaya masing-masing.
Katanya, pihak sekolah akan menghantar surat kepada setiap bekas pelajarnya.

“Hulurkan tangan kepada mereka.  Walaupun sekarang ada kegawatan ekonomi tetapi bekas pelajar Maahad ini tidak ada kegawatan iman,” tambah beliau.

Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu kini mempunyai 2634 orang pelajar dengan 104 orang guru dan 57 bilik darjah. Perpustakaan sekolah ini sekarang berada di dalam bangunan lama yang usang.