Make your own free website on Tripod.com

MB Kelantan sampaikan hadiah pertandingan GP Joran Berita Harian

MEMANCING merupakan acara sukan atau rehlah yang baik memandangkan ia tidak banyak memerlukan tenaga dan boleh disertai seisi keluarga.

YAB Tuan Guru Dato’ Men-teri Besar Kelantan berpendapat demikian ketika berucap di upacara penyampaian hadiah “GP Joran Berita Harian” peringkat Negeri Kelantan Di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh pada 1 September lalu.

Mengulas tentang kegiatan sukan, beliau berkata sukan kini banyak dicemari oleh unsur-unsur judi dan unsur lain yang bertentangan dengan Islam.

Beliau berharap kegiatan sukan seperti memancing ini menjadi daya tarikan pelancong ke Kelantan.