Make your own free website on Tripod.com

Urusetia Penerangan kesal dan minta maaf atas pembatalan forum isu murtad

FORUM Penjelasan Murtad dan Penyele-saiannya anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan yang dijadualkan pada 31 Ogos lalu telah dibatalkan.

Urusetia Penerangan berasa kesal dan meminta maaf atas kesulitan yang dihadapi para hadirin berikutan pembatalan itu. Ramai yang datang ke Balai Islam, Lun-dang, Kota Bharu sejak pagi sedangkan majlis dijadual bermula pada jam 11.00 pagi dengan dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar.

Tuan Guru sebelum itu ber-ada di Stadium Sultan Muham-mad IV sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-41 dan upacara menerima baton Sukan Komanwel Kuala Lumpur 98.
Hadirin yang tiba mendapati pintu Balai Islam tertutup rapat manakala mereka hanya menda-pat maklum pembatalan majlis tersebut beberapa jam kemudian.

Pengarah Urusetia Pene-rangan, Haji Abdul Fatah Harun, ketika memaklumkan  pembatalan tersebut di hadapan hadirin.  Mereka bersurai dengan tenang.