Make your own free website on Tripod.com

Yang Dipertua baru MPKB ikrar laksanakan sistem pemerintahan harmoni

AHLI Dewan Undangan Negeri kawasan Tendong, YB Hussein Ahmad, dilantik menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mulai 1 September ini.

Beliau menerima watikah perlantikan daripada YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, di Dewan Mesyuarat MPKB dan mengangkat sumpah jawatan selepas itu, dengan disaksikan oleh Ahli-Ahli Majlis MPKB dan wakil-wakil jabatan di dalam MPKB.

Turut hadir ialah Ahli Exco, Dato' Haji Halim Mohamed, dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Dalam ucapan perlantikannya, Haji Hussain berikrar akan melaksanakan sistem pemerintahan daerah yang harmoni di dalam MPKB bagi  membentuk Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam.
Beliau menjelaskan jika semua orang faham tentang unsur-unsur legislative (perundangan), eksekutif (perlaksanaan) dan judiciary (kehakiman) dalam pembentukan kuasa pemerintahan atau pentadbiran kerajaan sama ada di peringkat negara, negeri mahupun kerajaan tempatan maka sebarang pertelingkahan boleh dielakkan atau tidak mungkin timbul.

Haji Hussain mengambil alih tugas sebagai Yang Dipertua MPKB setelah Yang Dipertua sebelumnya, YB Haji Nordin Yaakub yang memegang jawatan selama setahun tamat tempoh jawatannya pada 31 Ogos lalu. YB Haji Nordin juga ialah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kelaboran.