MB jelaskan sebab kelewatan lulus tukar syarat tanah
MENTERI Besar Kelatnan, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin
Nik Mat, memberitahu Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan 22 Februari
lalu, tukar syarat tanah biasanya mengam-bil masa enam bulan untuk diluluskan.
Bagaimanapun, kelewatan boleh berlaku atas beberapa sebab. Pertama,
kelewatan itu kerana lambat mendapat persetujuan apabila terdapat masalah
pelan kena dipinda.
Kedua, kelewatan juga berlaku kerana pandangan teknikal daripada pihak
jabatan terlibat lambat diterima. Ketiga, kawasan terlibat masuk
di dalam kawasan pengambilan tanah dan terpaksa diatangguh. Keempat, di
Pejabat Tanah itu sendiri terdapat hal-hal lain yang perlu diselesaikan
dengan segera kerana prioriti tidak diberikan kepada tukar syarat tanah
sahaja. Kelima, pemohon meninggal dunia dan permohonan itu terpaksa ditangguh
sehingga kes pesakanya selesai.
YAB Tuan Guru menjawab soalan YB Haji Mohamed Razali bin Hj. Che Mamat
(BN - Guchil) yang ingin tahu juga berapa ramai yang telah memohon tukar
sayarat tanah mengikut jajajahan sejak 1995.
YAB Tuan Guru memberitahu antara tahun 1995 hingga 1998 terdapat 3579
permohonan tukar syarat tanah di seluruh Kelantan dan 2155 daripadanya
telah diselesaikan.
Mengikut jajahan, kata beliau, Kota Bharu menerima 1703 per-mohonan
dan telah lulus seba-nyak 1065; Tumpat: 201 permo-honan, 138 lulus; Tanah
Merah: 201 permohonan, 138 lulus; Tum-pat: 315 permohonan, 164 lulus; Machang:
134 permohonan, lulus 122; Pasir Mas: 320 permo-honan, 109 lulus;
Gua Musang: 19 permohonan, 5 lulus; Bachok: 386 permohonan, 306 lulus;
Jeli: 23 permohonan, 6 lulus; Keala Kerai 242 permohonan, 75 lulus; Pasir
Puteh: 236 permohonan, 108 lulus.
